Tabung Baitulmal Sarawak

Fidyah

Apa itu Fidyah?

Fidyah itu ialah memberi makan kepada orang miskin satu mud (cupak) daripada makanan asasi sesebuah negeri bagi setiap hari yang ditinggalkan puasanya itu.

Fidyah dikenakan kepada sesorang yang tidak dapat menggantikan puasanya yang ditinggalkan di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tiba bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Golongan Dikenakan Fidyah

  • Uzur untuk menunaikan puasa wajib
  • Wanita hamil
  • Orang yang telah meninggal dunia
  • Melambatkan ganti puasa
  • Ibu yang menyusukan anak dan bimbang keselamatan bayi yang disusukannya

Pelaksanaan Fidyah

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad). Kadar fidyah bagi setiap negeri adalah berbeza. Kadar fidyah bagi negeri Sarawak adalah seperti berikut:

  • Tunai - RM1.90
  • Beras - 675g

Kalkulator Fidyah

*Puasa yang ditinggalkan bagi Ramadhan lepas sebelum Ramadhan baru tiba adalah tidak sah untuk dibayar fidyahnya.
*Baki hari puasa yang belum diganti.
# Jenis Uzur Tahun (dari) Tahun (hingga) Gandaan Hari ditinggalkan Jumlah (RM)
Jumlah Keseluruhan
Pembayaran Fidyah boleh dibuat melalui saluran:

1. Portal Pelanggan Tabung Baitulmal Sarawak

2. Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak di platform IOS dan Android